PIAGAM SEKOLAH
Kami Warga
SJK(C) Foon Yew 1, Johor Bahru
Dengan penuh tekad dan iltizam berikar
Dan berjanji akan menumpukan seluruh
Tenaga dan usaha kami untuk:
- Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi kehendak individu, masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat perpaduan negara.
- Memastikan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
- Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama persekolahan.
- Menentukan setiap guru dan kakitangan sokongan sekolah dapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
- Memastikan kami sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan keperluan pelanggan yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa / penjaga, masyarakat dan negara / kerajaan.
- Memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
- Menentukan segala urusan surat-menyurat, laporan dan maklumat diberi perhatian dan tindakan setara dengan lengkap dan tepat kepada yang berkenaan.
- Mewujudkan persekitaran dan budaya sekolah yang konduktif ke arah melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
- Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat cadangan, syor dan teguran yang membina daripada semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.